Usaha pewujudan dan pengiktirafan Langkawi Geopark

Usaha menjadikan Kepulauan Langkawi sebagai Langkawi UNESCO Global Geopark dimulakan sejak tahun 2001 oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) berikutan penemuan saintifik dari segi geowarisan dan budaya yang ada oleh universiti tempatan sejak sekian lama melalui cadangan penubuhan Langkawi sebagai geopark kepada Kerajaan Negeri Kedah.

Sejak 1996, LADA bekerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengkaji dan menilai keunikan warisan tinggi.

Pada tahun 2006, Langkawi Geopark diiktiraf sebagai sebuah geopark oleh Kerajaan Negeri Kedah. Hal ini memberi laluan mudah untuk Langkawi dicalonkan sebagai salah satu UNESCO Global Geopark.

Pada tahun 2007, tiga pakar geologi UNESCO iaitu Dr. Patrick McKeever dari Ireland, Professor Zhao Xun dari China dan Dr. Margarete Patzak dari Perancis yang membuat penilaian di Langkawi mengakui keunikan geopark di Langkawi. Hasilnya, UNESCO bersetuju memberikan penarafan UNESCO Global Geopark ke-52 kepada Langkawi bagi tempoh 4 tahun.

Langkawi Geopark telah dipilih untuk mengetuai Rantaian Geopark Asia Pasifik dalam Persidangan Geopark Asia Pasifik dan Perniagaan pertama yang telah diadakan di Langkawi pada 13 hingga 15 November 2007. 20 negara telah setuju membentuk Rangkaian Geopark Asia Pasifik . Negara utama ialah Malaysia, China dan Iran. Peserta lain datang dari Turki, Australia , Amerika Syarikat, Rusia, Indonesia dan Thailand.

Memorandum Persefahaman (MoU) antara Langkawi Geopark dengan Funiushan Geopark di wilayah Heinan, China diadakan pada November 2007.[2]

Pada tahun 2011 dan 2015, penilaian semula Langkawi sebagai UNESCO Global Geopark oleh wakil UNESCO bersetuju memberi penarafan Global Geopark untuk kali kedua dan kali ketiga.

Berkaitan